Kuang - Siasatan terhadap empat orang yang ditahan JAIS semasa Sambutan Majlis Ulang Tahun Kelahiran Fatimah AzZahra Puteri Nabi Muhammad S.A.W pada 24 Mei 2011 lalu, telah dilanjutkan. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat membebaskan Orang Yang Disyaki (OYDS) dengan jaminan RM1500 setiap seorang bagi membantu siasatan walaupun pada awalnya dicadangkan sebanyak RM2000 dengan dua orang penjamin setiap seorang oleh Pegawai Penyiasat, Mohd Nordin Abdullah.
Keempat-empat OYDS, Mohd Kamil Zuhairi, Raden Ahmad Faizul, Syed Mohd Syafiq dan Mohd Ashraf disiasat mengikut Seksyen 12(c) dan 52, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Hakim turut memerintahkan Pegawai Penyiasat menyiapkan fail siasatan dengan segera bagi sebutan semula kes ini pada 7 Julai 2011. Terdahulu, prosiding mahkamah yang sepatutnya bermula jam 8 pagi itu bermula lewat empat jam disebabkan masalah "teknikal" yang dihadapi oleh pihak JAIS.
...
Seorang Hindustan yang menetap di Dubai bernama Muhammad Hussein Ghulami berkata :
Kami telah pergi ke Karbala menziarahi Abu Fadil Abbas. Diperkarangan maqam riuh rendah kedengaran teriakan " Ya Abal Fadl "
Pengawal-pengawal keselamatan yang mengawal maqam telah diarahkan untuk menenangkan keadaan tetapi tidak berjaya. Ketika itu Presiden Iraq, Saddam Hussein tiba di maqam. Orang ramai tidak mengendahkannya kerana asyik berteriak " Ya Abal Fadl !! " bahakan semakin kuat berteriak. Tiba-tiba orang ramai memekik " Lihatlah ke Kubah ".
Sabda Nabi s.a.w : Ketahuilah sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah yang agong tidak sama dengannya satu pun dari bulan-bulan kehormatan dan kemuliaannya. Dan berperang dengan kuffar didalamnya adalah dilarang. Ketahuilah sesungguhnya Rejab adalah bulan Allah dan Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Ketahuilah barangsiapa yang berpuasa di bulan Rejab sehari wajib baginya keredhaan Allah yang agung dan jauh darinya kemurkaan Allah dan dikunci darinya satu pintu dari pintu-pintu neraka.
Dari Imam Musa Al-Kazem a.s : Barang siapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab, jauh darinya api neraka sejauh perjalanan setahun dan barang siapa yang berpuasa tiga hari, wajib baginya syurga.
Assalamualaikum kepada semua sempena kedatangan bulan Rejab " Al-Ashabb " ( Rejab yang melimpah ruah rahmat Allah di dalamnya ) Bulan untuk memohon keampunan, memperbanyakkan istighfar " Astaghfirullah Wa As'aluhut Taubah " di dalam bulan ini sebagai persiapan untuk memasuki bulan Ramadhan setelah bulan Sya'ban nanti.
...
Jannatul Baqi' makam imam-imam Ahlul Bait Imam Hassan, Imam Ali Zainal Abidin, Imam Muhammad Baqir dan Imam Ja'far Sadiq sebelum diruntuhkan Wahhabi pada 1925 dan setelah diruntuhkan sedangkan mereka inilah yang paling soleh dari segala Salafussoleh yang di dakwa menjadi pegangan para so-called Salafiyyin dan Wahabi. Dimanakah kesolehan anda meruntuhkan makam anakcucu Nabi yang paling soleh. Semua orang tidak dapat ditipu pada setiap masa wahai so-called jaguh-jaguh pembela Salaf ??!! malu anda pada Nabi !!!
Warisan Nabi dan Ahlul Bait dimusnahkan warisan anda diwartakan sebagai monumen dan warisan terpelihara umat Islam. Malu anda dan saya pada Nabi !!!
Berkata Imam Muhammad Al-Baqir ibnu Ali Zainal Abidin ibnu Hussein ibnu Ali ibnu Abi Talib a.s cicit Rasulullah s.a.w kepada Jabir Al-Ansari :
Wahai Jabir apakah memadai orang mengaku dirinya Syiah ( Pengikut Sejati dan Setia Ahlul Bait Nabi s.a.w ) dengan hanya mendak
...
Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang saudaramu dan takutlah kepada Allah s.w.t, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat ( Al-Hujarat 10 )
Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah s.w.t dan taatilah Rasul dan Ulil Amri dari kamu. Jika kamubertelingkah tentang sesuatu, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan Rasul . . . ( An-Nisa' 59 )
Berpeganglah kamu sekalian kepada tali Allah s.w.t dan janganlah kamu berpecah-belah . . . ( Ali Imran 103 )
Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya . . . ( Al-Maidah 2 )
Jika dua golongan diantara orang-orang beriman berperang-perangan, hendaklah kamu perdamaikan antara keduanya. Maka jika salah satu daripada keduanya itu menganiaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi yang aniaya, sehingga ia kembali kepada perintah Allah s.w.t . . . ( Al-Hujurat 9 )
Sabda Rasulullah s.a.w : Orang yang paling tidak takut mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling tidak takut akan api neraka. ( Biharul Anwar )
Berkata Imam Muhammad Al-Baqir a.s : Sekiranya kami memberi fatwa kepada orang ramai dengan pandangan kami dan hawa nafsu kami sudah pasti kami tergolong dari golongan orang-orang yang hancur tetapi kami memberi fatwa kepada mereka dengan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w dan dengan dasar-dasar ilmu yang kami miliki dan yang kami warisi dari ayahanda dan ninda kami. ( Biharul Anwar )
Berkata Imam Ja'far As-Sadiq a.s : Barangsiapa yang memberi fatwa kepada orang ramai dengan pandangan peribadinya, dia telah mengikuti sesuatu yang tidak dia ketahui dan seseorang yang mengikuti sesuatu yang dia tidak ketahui dengan menghalalkan dan mengharamkan secara tidak tahu maka dia telah menentang Allah s.w.t. ( Biharul Anwar )
Sabda Rasulullah s.a.w : Setelah peninggalanku, fitnah-fitnah seperti malam yang gelap gelita akan menyulubungi umatku dimana siang seseorang itu beriman tetapi kafir di malam hari dan beriman di malam hari tetapi kafir di siang hari. Orang-orang menjual agama mereka dengan harga yang murah di dunia ini. ( Kanzul Ummah )
Kelahiran
Beliau dilahirkan pada tahun 1913 M. di kota suci Qom. Ayah beliau, Almarhum Ayatullah Fadhil al-Lankarani adalah salah seorang guru dan ulama besar di Hauzah Ilmiah Qom, dan ibu beliau adalah salah seorang keturunan Rasulullah saw yang agung yang dikenal dengan silsilah Mubarqi’.
Masa Belajar
Setelah menamatkan Sekolah Dasar, beliau menekuni ilmu-ilmu keislaman di Hauzah Ilmiah Qom dengan penuh minat. Kerana memiliki kecerdasan yang luar biasa, beliau berhasil menamatkan peringkat Mukadimah dan SathHauzah (satu peringkat sebelum memasuki Bahtsul Kharij) dalam jangka waktu 6 tahun, dan dalam usia 19 tahun beliau telah memasuki peringkat Bahtsul Kharij argumentatif dalam bidang Fiqih dan Ushul Fiqih yang diasuh oleh Ayatullah al-‘Uzhma Burujerdi ra. Kerana usianya yang muda dan pemahamannya yang luar biasa, beliau mendapatkan perhatian khusus dari para mahasiswa dan guru beliau itu. Sahabat karib dan teman diskusi beliau selama masa belajar adalah putra pengasas Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syahid Mushthafa Khomeini ra.
...
Ikhtilaf dan berbagainya ideologi-ideologi bergantung kepada ikhtilaf dan berbagainya World View ( Pandang Alam ) dan berbagainya Pandang Alam atau Pandang Dunia bergantung kepada Makrifat dan pengenalan seseorang atau sesuatu sekolah pemikiran ( School Of Thought ) tentang kewujudan. Maka itu sebelum dibahaskan " Pandang Alam " ( World View ) perkara Makrifat ( Mengenal / Recognition ) perlu dibahaskan terlebih dahulu. Di antara perbincangan-perbincangan penting seputar Makrifat ialah :
Sabda Nabi s.a.w : Fatimah adalah sebahagian dari diriku, sesiapa yang mengganggunya mengganggu daku
* Tahniah kepada semua pencinta sempena maulid yang gilang-gemilang wanita termulia sekalian alam.
* Para Pencinta Ahlul Bait bergembira dengan kegembiraan Ahlul Bait dan berduka dengan kedukaan mereka.
* Tetapi musuh-musuh Ahlul Bait sewaktu kegembiraan Ahlul Bait cuba untuk membuat rakyat berduka dan sewaktu kedukaan Ahlul Bait cuba untuk menghalang perkabungan mereka.
* Ya, Para pencinta Ahlul Bait di Malaysia juga di hari maulid Ummu Abiha / Ibu kepada ayahnya ( Gelaran Fatimah Az-Zahra ) berada di dalam keraian dan kegembiraan apabila dihalang dari bergembira oleh para musuh Ahlul Bait.
Apakah Hakikat pada zatnya abadi dan berkekalan ataupun setelah beberapa waktu bertukar menjadi keliru ? Yakni apakah Hakikat itu sentiasa Hakikat dan kekeliruan itu sentiasa keliru ataupun sesuatu itu pada satu zaman adalah hakikat tetapi di dalam kondisi yang lain atau di waktu yang lain bertukar menjadi keliru ?!
Para " Ilahiyun " ( ahli keTuhanan ) percaya bahawa hakikat tidak sesekali akan bertukar sifatnya. Hakikat adalah mutlak ( Absolute ) tetapi para " Nisbiyyun " ( Relativis ) mengatakan hakikat bukanlah mutlak tetapi ianya relatif yakni mungkin sesuatu pemikiran itu sekarang ini adalah hakikat tetapi kemudiannya akan bertukar menjadi kekeliruan. Mereka yang berpegang kepada mutlaknya Hakikat berkata bahawa Realiti-realiti sepertimana berada di luar begitu juga terdapat di dalam fikiran tanpa bentuk mindanya dijejaskan oleh fikiran. Dengan kata lain, tabiatnya ilmu ialah menunjukkan sesuatu yang real ( sebenarnya ) walaupun minda manusia dan kondisi materialnya saraf manusia memberi kesan sedikit sebanyak keatas kefahaman manusia seperti orang yang berpenyakit Daltun
Imam Ali a.s : Sesungguhnya Hak ( kebenaran ) itu tidak dikenali melalui peribadi-peribadi. Kenalilah Hak ( kebenaran ) itu, engkau akan mengenali ahlinya ( Majma' Al-Bayan )
Rasulullah s.a.w : Terimalah kebenaran itu dari orang yang membawanya kepadamu - kecil atau besar walaupun dari musuhmu. Dan tolaklah kebatilan itu kepada orang yang membawanya sama ada kecil atau besar walaupun orang yang disukai olehmu. ( Kanzul Ummal )
Rasulullah s.a.w : Orang yang paling bertaqwa ialah orang yang berkata yang hak di dalam perkara yang menguntungkannya atau merugikannya. ( Amali Saduq )
Imam Musa Kazim a.s : Berkatalah yang Hak walaupun di dalamnya kehancuranmu kerana padanya keselamatanmu . . . dan tinggalkan yang batil walaupun di dalamnya keselamatanmu kerana padanya kehancuranmu. ( Tuhaful Uqool )
HENTIKAN TINDAKAN PROVOKASI TERHADAP SYIAH
GOMBAK: Serangan terhadap anggota-anggota Syiah, khususnya di daerah Gombak, semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Ar-Ridha, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengesyaki serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan serangan bertalu-talu daripada beberapa pihak media tempatan merupakan hasil dari satu perancangan yang berniat jahat.
Kelmarin, sekumpulan kira-kira 40 anggota Jais dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia menyerbu majlis makan dan kesenian di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak, dekat Kuala Lumpur bersempena memperingati hari ulangtahun Fatimah Az Zahra, puteri Rasulullah saw.
Ar Ridha, mengesyaki ini merupakan satu perancangan yang bertujuan untuk melumpuhkan program dan aktiviti pencinta Ahlul Bait Rasulullah saw kerana serbuan ini dibuat susulan dari dua artikel yang terbit di akhbar Berita Harian yang memburuk-burukan ajaran Syiah.
...
Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada makhluk, tidak bersyukur kepada Tuhan Maha Pencipta ( Hadith Nabi s.a.w. )
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang bersusah-payah, membuat persiapan berbulan-bulan lamanya untuk menjayakan ulangtahun gilang-gemilang Hari Ibu, Hari Wanita, Hari Puteri yang semuanya idola dan Mithali yang terhimpun di dalam satu kewujudan Nurani Fatimah Zahra' binti Nabi Muhammad s.a.w., khasnya para Mu'minat Ar-Ridha dan Az-Zahra yang bertungkus lumus dari semua segi terutama pengarah sambutan Hari Wanita 2011 Puan Aza Bakti69 (nama pena)
...
AR RIDHA DESAK GUGUR PERTUDUHAN EMPAT ANGGOTA SYIAH
GOMBAK: Ar Ridha, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu majlis jamuan makan dan kesenian yang di adakan di kawasan lapang, Taman Sri Gombak dekat Kuala Lumpur hari ini.
Majlis tahunan itu diadakan sebagai memperingati hari ulangtahun kelahiran Fatimah Zahra, puteri Rasulullah saw.
Ketika serbuan itu berlaku, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai bangsa dan agama dalam konteks 1Malaysia sedang menjamu selera dan tindakan ini adalah sesuatu yang memeranjatkan dan tidak wajar.
...
24Mei - Majlis Kesenian dan Kebudayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Fatimah Az Zahra' di Hauzah ArRidha telah dicemari oleh serangan pihak JAIS. Majlis santapan yang bermula pada jam 12 tengahari itu mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk setempat kira-kira seramai 500 orang pada ketika itu. Turut hadir, beberapa wakil surau dan masjid berhampiran, beberapa orang paderi, tokoh agama Buddha, dan wakil dari kuil; turut mempersoalkan kewibawaan pihak JAIS.
Ketika ini, empat orang yang ditahan, Huj. Islam Kamil Zuhairi, Raden Faizul, Sayyid Syafiq, dan Ashraf dibawa ke pejabat Agama di Kuang dari IPD Gombak (Selayang) selepas prosedur laporan polis dibuat.
...