Control Panel

Hauzah Imam Ridha a.s.



Tahdzibun Nafs

Salah satu daripada kewajiban dalam Islam adalah tahdzibun nafs (penyucian diri). Meninggalkan kewajiban ini akan menyebabkan kerugian dunia dan akhirat. Menurut pandangan Al-Quran manusia harus memerangi sifat-sifat tercela seperti sombong, bangga diri, bakhil, rakus, tamak dan sebagainya. Begitu juga pandangan Al-Quran dan riwayat-riwayat Ahlulbait (a.s.) serta ulama ilmu akhlak, tahdzibun nafs termasuk salah satu daripada bahagian kewajiban yang paling wajib (min aujabil wajibat). Dipetik dari banyak ayat bahawa kesucian hati adalah sumber segala keutamaan, sementara kekotoran hati merupakan sumber kehinaan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk melakukan tahdzibun nafs, antaranya:

1. Jika seseorang dengan usahanya tidak mampu untuk membuang sifat-sifat tercela, maka cukuplah dengan ia mengawal dan mencegah sifat-sifat tersebut.

2. Sifat dengki merupakan sifat yang sangat tercela dan hina. Meskipun sesiapa yang  mempunyai sifat ini adalah satu perkara maksiat tetapi Tuhan tidak akan menghukum selagi sifat ini belum menjadi realiti. Oleh kerana itu sifat dengki merupakan antara sifat-sifat yang perlu dijauhi oleh setiap manusia. Selagi mana sifat ini tidak wujud dari segi perbuatan, perkara ini dimaafkan dan tidak merosakkan keadilan. Begitu juga dengan su'uzhan (buruk sangka) kepada orang lain, apabila terlintas su'uzhan (buruk sangka) dan tiada tindakan terhadap su'uzhan itu maka ia dimaafkan dan tidak akan merosakkan keadilan. Perkara yang sama juga berlaku kepada dosa-dosa yang serupa.

3. Mengangkat sifat-sifat tercela - walaupun tidak melakukan sifat tercela tersebut- jika seseorang memiliki kemampuan untuk mempunyai dan mengangkat sifat-sifat tercela, maka wajib muakkad (yang ditekankan) untuk meninggalkannya. Seseorang perlu memerangi sifat-sifat itu dan mencegah kemunculannya supaya tidak memberi kesan kepada dirinya. Perkara ini walaupun nampak susah untuk dilakukan tetapi perkara ini adalah sebahagian daripada kewajiban yang utama (min aujabil wajibat) dan pahalanya seperti seseorang melakukan peperangan yang besar (jihadul akbar) yang mana jihad ini lebih tinggi dan mulia daripada peperangan fizikal (jihadul asghar). Oleh sebab yang demikian di dalam riwayat Ahlulbait (a.s.) disebutkan dengan nama Jihadul Akbar.

4. Tajarri adalah satu perbuatan yang haram dilakukan dan dalam istilah fekah tajarri maknanya, menganggap haram bagi perbuatan yang tidak haram, seperti menganggap bahawa mengguna dan memakan harta sendiri adalah mengguna dan memakan harta haram  atau pun bersama dengan isteri dan beranggapan isteri itu adalah wanita lain dan sebagainya. Apa yang dilakukan walaupun dari segi dasarnya adalah halal tetapi telah berlaku tajarri maka ia adalah dianggap haram.

 

Daftar Pengguna

Majlis Terkini

No events

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini158
mod_vvisit_counterSemalam127
mod_vvisit_counterMinggu Ini158
mod_vvisit_counterBulan Ini925
mod_vvisit_counterKeseluruhan90277