Abbas teringat kembali waktu kecilnya di Madinah, mengekori Husein dengan penuh setia, ke sana ke mari. Di teringat juga saat-saat di Kufah, sewaktu ayahdanya Amirul Mukminin a.s. sedang berkhutbah kepada hadirin di Masjid Kufah, dan beliau saat itu masih anak kecil melihat dengan penuh minat wajah Husein agar apa sahaja yang Husein gambarkan pada wajahnya, dia akan segera cuba menunaikannya dan membuatkan Husein gembira. Terbayang kembali bagaimana waktu itu bibir Husein yang merkah, dia terfikir mungkin Husein dalam keadaan dahaga. Teringat juga di benaknya, bagaimana dia kemudiannya berlari keluar dari masjid, dan pulang semula ke masjid dengan sebekas air, dan bagaimana kerana ingin segera sampai ke masjid untuk menghilangkan haus Husein, dia telah memercikkan air tersebut ke bajunya sendiri. Terbayang kembali kepadanya, bagaimana ayahdanya yang mahsyur itu tiba-tiba sahaja terhenti dari khutbahnya, air mata meleleh keluar membasahi pipinya tatkala melihat baju dan badannya dibasahi air.
Read more...