Control Panel

Hauzah Imam Ridha a.s.

Fathimah Az-Zahra



Wiladah Ratu dua Alam

Salam dan Tahniah diutamakan ke atas Rasulullah saww. dan para Ahlul Bait as. atas kelahiran wanita suci, pemimpin dua alam khususnya kepada Shahib Zaman ajf. atas kelahiran Ibunda Tercinta. Diikuti berjutaan tahniah kepada seluruh Ummat Islam atas kelahiran Ummu Abiha serta Ibunda buat seluruh manusia sejagat .Selamat Hari Ibu juga diucapkan buat seluruh Ibu Di Dunia, semoga Beliau sa. adalah contoh tauladan sebagai seorang Isteri dan Ibu yang sempurna. 

 

Read more...
 

Wafat-nya Fatimah Zahra as

Zahra, Bonda segala kemaksuman. Zahra, adalah cermin kesucian. Zahra, air sucinya Kauthar. Wahai yang sentiasa mengalir! Wahai musim semi yang singkat! Wahai hujannya wahyu! Aku kehairanan dengan makam tinggimu yang menghasilkan maknawiyat; memerlukan renungan di pangkuanmu. Kerana  akar tunggalnya makrifat adalah dari rumah sucimu. Dunia fana ini tidak layak menerimamu menjadi tetamunya. Kamu yang mencerminkan kelukaan, musibah, keseorangan atas peninggalan Ayahanda. Kamu meninggalkan rumah yang umpama pelukan syurga AyahandaMu dengan rusukmu yang patah berdarah.

Read more...
 

Duka Sayyidah Fatimah Az-Zahra s.a

Dengan air mata hangat yang mengalir di pipinya,
dengan rintihan yang meremukkan kalbu,
Sayyidah Fatimah bersimpuh di kuburan ayahnya sambil menyampaikan syair:

 

 

 

Read more...
 

Nama Dan Gelaran Sayyidah FatimaH Zahra sa.

Fatimah

-Kerana Allah menjauhkannya, keturunannya dan pencintanya dari api neraka.
-Selain daripada maksud tersebut, dari Imam Jaafar as. : Kerana manusia tidak akan mengenal kebesaran Fatimah kecuali Allah swt. dan ayahnya Muhammad saww.
-Kerana beliau telah diberikan seluruh ilmu.

Read more...
 

Riwayat hidup Saidatina Fatimah Az Zahra Salamullah Alaiha

Kami ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia buat semua. Hari ini adalah hari yang penuh bahagia dan keberkatan,hari yang mengilhamkan nilai-nilai keutamaan manusia sebagai khalifatullah di muka bumi.Segala syukur kepada Allah SWT dan Aimmah Athar Alayhis Salam kerana dengan berkat mereka dapat kita sama-sama berkumpul di hari wanita sedunia bersempena sambutan ulangtahun kelahiran seorang wanita kebanggaan semesta alam,seorang Puteri Nabi yang merupakan Mukjizat sejarah,Fatimah Az-Zahra Sayyidati Nisa'il Alamin

Wahai Fatimah Az-Zahra,Wahai Puteri Rasulullah saw,selawat serta salam ke atas junjungan Muhammad Khatimul Anbia’ Sallallaahu `alayhi wa aalihi wa salam dan keluarganya yang suci.

Read more...