Control Panel

Hauzah Imam Ridha a.s.

Rasulullah s.a.w.w.



Yaumal Mab’ath

Semakin lama detik berlalu, semakin bertambah hajat dan keperluan insan kepada pelajaran  asli Islam yang benar. Bi’that Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Aalihi Wasalam (saaw) bukan hanya khusus bagi zaman jahiliah, bahkan kita hari ini juga berada dalam kejahilan moden yang kita cipta sendiri, bahkan lebih dari jahiliah sebelum kita. Dari sisi lain, pemahaman dan pelajaran dari peristiwa bi’that Rasul tidak harus kita ambil secara sambil lewa; kerana bi’that, merupakan satu-satunya permulaan jalan yang perlu kepada pengembangan dan penerusan. Kitab suci al-Quran, peristiwa al-Ghadir dan Ahlul Bait Nabi, semuanya adalah punca kelangsungan dan penyempurnaan jalan kebahagiaan ini yang mana pada akhirnya nanti, dengan kezuhuran Imam al-Mahdi Alaihissalam (as), Islam sebenar pasti dizahirkan buat dunia dan seluruh isinya.

 

 

Read more...
 

Maulid Rasulullah(saww) dan Imam Jaafar Sadiq(as)

 

Allah swt. telah mengkhabarkan semua ciri-ciri serta sifat-sifat Rasul Terakhir kepada para Rasulnya; tempat lahir Baginda, tempat tinggal Baginda, tanda-tanda zaman pengutusan (bi’thah) dan hijrah, tanda-tanda yang ada di tubuh Baginda, ciri-ciri perhambaannya kepada Tuhannya, kelebihan-kelebihan yang dimilki syariatnya dan sebagainya. Allah swt. juga telah memerintahkan kepada para Rasul dan Nabinya supaya menyebarkan kepada ummat-ummat mereka dan mengambil perjanjian bahawa apabila telah diutuskan seorang Rasul dengan semua sifat ini, maka mereka akan beriman dengannya.

Read more...
 

Ahlul Bayt A.S. Dalam Sunnah Nabi SAWA (1)



Sesiapa yang mengkaji sunnah Rasulullah SAWA dan perjalanan hidupnya yang praktikal serta hubungan dengan Ahlul Baytnya yang telah dinaskan oleh al-Qur'an dan diperkenalkan oleh Nabi SAWA, akan mengetahui bahawa ahli keluarga Nabi SAWA ini mempunyai peranan dan tanggungjawab risalah dan tamadun sejarah umat ini yang tersendiri yang mana Rasulullah SAWA yang merancang dan meyediakan keada umatnya supaya menerimanya dengan perintah daripada Allah SWT.
Read more...
 

Ahlul Bayt AS Dalam Sunnah Nabi SAWW (2)

 Hadith al-Thaqalain (Dua Pusaka Berat)

Pada tahun 10 Hijrah, Rasulullah Saw mengerjakan Haji Wada iaitu Haji Perpisahan bersama-sama ribuan umat Islam. Mengikut Ibn al-Athir bilangan umat Islam yang mengikut Rasulullah Saw mengerjakan Haji Wada ialah kira-kira 90,000 hingga 140,000 orang. Ketika di Padang Arafah Rasulullah Saw telah berkhutbah kepada umat Islam seperti berikut (yang bermaksud):
Read more...
 

Ahlul Bayt AS Dalam Sunnah Nabi SAWW (3)

Hadith al-Safinah

Kalau hadith al-Tsaqalain telah meletakkan Ahlul Bayt di samping al-Qur'an kerana mepunyai tugas untuk menerangkan al-Qur'an dan meningkap rahsia-rahsianya, kandungannya dan memelihara al-Qur'an, maka hadith al-Safinah menjelaskan kepada umat bahawa Ahlul Bayt AS adalah ibarat sebuah kapal menyelemat dan sumber keselamatan bagi umat sesudah Rasulullah SAWA. Oleh itu jika ada orang yang tidak mengikuti dan menaiki kapal ini sudah tentu akan tenggelam dan binasa. Sesungguhnya tertinggal daripada Ahlul Bayt AS bererti tertinggal daripada pemimpin yang akan membawa ke pantai hidayah dan keselamatan di dunia dan di akhirat.
Read more...