Dalam tiga dekad terakhir ini, Islam mengalami perkembangan yang cukup signifikan secara kuantiti dan kualiti. Pelbagai wacana pemikiran baru dalam bidang keagamaan, keghairahan masyarakat dalam melakukan beragam praktik keagamaan, dan terbukanya ruang dialog antara kaum beriman yang kian marak kebelakangan ini merupakan sebahagian petandanya.
Islam memegang peranan penting bagi penyegaran dan praktik keagamaan di Nusantara. Umat Islam sebagai umat majoriti di rantau ini, telah teruji dalam rentang sejarah perkembangan dan pendewasaannya yang panjang. Semangat bertauhid yang kian terserlah dan mendambakan anjakan paradigma, dengan tetap terikat pada tradisi-tradisi suci kenabian, menjadi pembaharu format keagamaan masyarakat serantau. Dari sudut lain, sikap ini tidaklah menyempitkan ruang gerak praktik keagamaan penganut agama lain atau aktiviti-aktiviti lainnya, baik aktiviti kemasyarakatan maupun individu.
Namun, kerukunan hidup harmonis dan saling menghormati antara pegangan dan agama akan terancam sekiranya tidak ada sistem dan mekanisma yang memeliharanya. Perselisihan sekecil apa pun yang tidak dikendalikan dengan baik dapat berkembang menjadi konflik berskala luas. Taruhannya adalah disintegrasi bangsa dan kerukunan hidup antara kaum beriman.
Demi mewujudkan dan menjaga kerukunan sosial keagamaan yang harmonis, ruang dialog antara mazhab dan agama perlu diberi ruang seluas-luasnya sehingga tercipta saling keterbukaan dan kerjasama antara umat manusia secara kreatif, membina, dan positif. Dengan demikian, diharapkan terwujudnya persatuan kemanusiaan (ukhuwah basyariyah), persatuan keimanan (ukhuwah imaniyah) dan persatuan keislaman (ukhuwah Islamiyah). Pada ketiga platform inilah, institusi Hauzah Ar Redha (a.s) menetapkan halatujunya.